Wednesday, October 27, 2010

Resepi: Milo Segera

Anak-anak Kak Maznah suka minum air Milo, tak kiralah sama ada panas atau sejuk. Masalahnya, setiap kali Kak Maznah yang kena buat air Milo ni. Kadang-kadang sampai kena buat 2 jag. Puas dah Kak Maznah ajar mereka macam mana nak buat air Milo sendiri tapi masing-masing merungut mengatakan air Milo yang mereka buat tak sama rasanya dengan air Milo yang Kak Maznah buat. Haih......

Baru-baru ini Kak Maznah telah mendapat idea baru macam mana nak ajar anak-anak membuat air Milo mereka sendiri. Berikut adalah cara-cara membuat air Milo segera, versi Kak Maznah.

Bahan-bahan yang diperlukan:-

  • Milo
  • Susu kotak
  • Air panas


Cara-cara penyediaan:-


1- Masukkan 3 sudu besar serbuk Milo ke dalam cawan (yang berkapasiti lebih kurang 300ml).
2- Masukkan air panas ke dalam cawan tadi sehingga separuh penuh dan kacau sehingga sebati.
3-Masukkan susu sehingga cawan penuh, kacau dan ianya sedia untuk di minum.





Air Milo segera ini amat mudah untuk disediakan. Sekarang anak-anak Kak Maznah sudah boleh membancuh air Milo masing-masing. Cuma air Milo versi ini tak berapa manis seperti air Milo yang dijual diluar sana. Selamat mencuba!


Kak Maznah,
Tukang Masak



Friday, October 22, 2010

Resepi: Ayam Panggang

Bahan-bahan yang diperlukan:-

  • Seekor ayam yang telah dibelah dua
  • 5-6 biji limau kasturi
  • 1 sudu besar madu
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)

Cara-cara penyediaan dan memasak:-

1- Basuh ayam dengan bersih
2- Perahkan kesemua limau kasturi, biarkan diperap dalam 5 minit
3- Masukkan madu, kicap pekat dan lada hitam, gaulkan dengan ayam
4- Perap sekurang-kurangnya 1 jam

~ Ayam yang sudah digaulkan dan diperap~


5- Letakkan ayam yang sudah diperap di dalam loyang besi atau mangkuk kaca yang sesuai untuk digunakan di di dalam oven.
6- Bakar di dalam oven selama 1 jam di mana selepas 30 minit, ayam diterbalikkan dan dimasukkan semula ke dalam oven untuk 30 minit lagi.
7- Selepas 1 jam, keluarkan ayam dari oven dan hidang.

~Ayam yang sudah siap dipanggang dan dipotong kecil~

Kak Maznah menggunakan NOXXA Breadmaker/Multifunction Oven untuk memanggang ayam ini. Ayam panggang ini sesuai dihidangkan dengan salad sayur atau kentang lenyek tapi anak-anak Kak Maznah lebih gemar meratah ayam panggang ni. Enak dimakan begitu sahaja.. Eh.. Eh.. Macam iklan roti pulak.

Selamat mencuba!

Kak Maznah,